Wednesday, April 12, 2006

LOGO SKMR

LOGO SEKOLAH KEBANGSAAN MELAYU RAYA
PENERANGAN LOGO

Cogankata "Maju Berbakti" memberi penekanan kepada usaha yang berterusan, bersemangat dan sepenuh tenaga demi mencapai kejayaan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Obor melambangkan semangat untuk meraih kejayaan yang sentiasa membara di setiap sanubari warga SKMR.
Lingkaran tali di tepi lencana melambangkan warga SKMR hidup dalam satu ikatan yang kukuh dan mementingkan semangat per'saudaraan dan kekeluargaan demi mencapai wawasan Negara.
Warna merah melambangkan keberanian setiap warga SKMR untuk menimba ilmu di bidang kurikulum dan kokurikulum.
Warna biru melambangkan kesungguhan yang tertanam di sanubari setiap warga SKMR untuk menjulang SKMR di persada dunia pendidikan.
Warna kuning melambangkan keharmonian yang wujud di jiwa warga SKMR untuk hidup sebagai sebuah institusi kekeluargaan yang aman dan bahagia.

PENTADBIR SKMR



Sekolah ini telah ditadbirkan oleh 7 orang guru besar iaitu :
1. En.Joni Bin Bimin.
2. En. Bakri Bin Sahid.
3. En. Mohd Taha.
4. En-Hassan Bin Hamid.
5. En. Nizaruddin Bin Hassan.
6. En Alias Bin Ahmad Nawi.
7. dan terkini En. Sadan Bin Kosanon (01.10.2003).
Mcreka dibantu seramai 11 orang Guru Penolong Kanan diantaranya ialah Tuan Hj Abd Raub Bin Abd samad. En. Harun Bin Othman, En.Abd.Latif Bin Ahmad, En. Abd.Raub Bin Hj Ibrahim, En. Mokhtar Bin Hj Jastad, En. Zamrud Bin Misdi,. En. Mohd.Ali Bin Zakaria, En. Abd.Razak Bin Jaafar, En. Abd.Aziz Bin Jaafar . Pada tahun 2002 sekolah ini telah diketegori Gred A Luar Bandar sekolah ini telah dibantu oleh Guru Penolong Kanan Hakiki iaitu En. Abd Raub Bin Hj Ibrahim ( GPK 1 -Tadbir ), Pn.Hjh.Yatimah Bt Abd Rahim ( GPK HEM sehingga 2003 berpindah ke SK.Kampong Sawah) diganti oleh Pn Hjh Zainab Bt Zainon dan En. Jonit Bin Karsin (GPK Kokurikulum ). Pada Tahun 2004 ini sekolah ini telah menampung murid seramai 335 orang murid tennasuk 25 orang murid Pra sekolah, 12 orang murid Pendidikan Khas. Guru seramai 25 orang, 1 orang kerani pentadbir dan 1 orang Pembantu pejabat, 2 orang pegawai keselamatan dan 3 orang pckcrja am.

LAGU SEKOLAH




LAGU SEKOLAH

MAJU BERBAKTI
Sekolah Kebangsaan Melayu Raya
Itulah sekolah kita
Kita berusaha hingga berjaya
Agar maju berbakti
Sekolah Kebangsaan Melayu Raya
Gedung menuntut ilmu
Guru mendidik dan berusaha
Tanpa rasa jemu-jemu
Cogan kata sekolah
Maju Berbakti
Patuhi peraturannya
Itulah amalan kita

MATLAMAT SEKOLAH

MATLAMAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Melayu Raya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam UPSR 100% dan mencapai kejayaan setiap aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum Peringkat Zon, Daerah, Negeri dan Kebangsaan

menjelang 2008


MISI SEKOLAH


MISI SEKOLAH
1. Melahirkan pelajar yang dapat menguasai 3M.
2. Menyediakan infrastruktur yang lengkap bagi kemudahan-
kemudahan setiap pelajar.
3. Memberi peluang kepada setiap pelajar melibatkan diri
dalam segala aktiviti Kurikulum, Kokurikulum dan Berakhlak
mulia.
4. Melahirkan pelajar-pelajar berilmu, bersahsiah terpuji rohani
dan jasmani.

VISI SEKOLAH

VISI
SEKOLAH KEBANGSAAN MELAYU RAYA CEMERLANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM MENJELANG 2010

Falsafah Sekolah

FALSAFAH SEKOLAH
Berusaha ke arah peningkatan prestasi pelajar secara menyeluruh supaya mereka menjadi “insan kamil, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, semangat kekitaan , berdisiplin, berakhlak mulia" selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara

Tuesday, April 11, 2006

AKTIVITI DI SKMR



Sejarah Sekolah SKMR


Bulat air kerana pembentung, bulat suara kerana muafakat. Begitulah permuafakatan penduduk Kampung Melayu Raya yang mahu anak-anaknya memperolehi pelajaran seperti anak-anak kampung yang lain. Maka,pada tanggal 8 Februari 1964 terbinalah sebuah sekolah yang terdiri daripada sebuah pondok panjang berbumbung atap rumbia, berdindingkan papan dan berlantaikan tanah merah ,tanpa kipas angin dan lampu elektrik. Pondok tersebut berukuran 20 kaki x 40 kaki hasil inisiatif En. Miskam B. Gimon, Tn. Hj. Mohammad Yusof B. Rahmat, Tn. Hj. Japri B. Mangge, Tn. Hj. Mohd. Khalid B. Saiman dan beberapa orang kampung. Namun pada ketika itu pusat sumber sekolah hanyalah terdiri daripada sebuah bilik yang usang tanpa mempunyai kemudahan yang mencukupi.
Berbagai ikhtiar telah dilakukan oleh penduduk kampung
bagi membaiki kemudahan sekolah ini.Namun demikian,dengan ihksan JabatanPendidikan, sekolah ini mendapat bantuan atap zink dan lantai simen.Pada tahun 1966, murid sekolah ini telah meningkat 120 orang.Memandangkan peningkatan ini dengan keizinan Pejabat Pendidikan Pontian dan Jabatan Pendidikan Negeri maka sekolah ini terasing pentadbirannya dengan sekolah Kampung Sawah. Sejak hari tersebut sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Melayu Raya.
Dengan perubahan dalam sistem pendidikan, Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato’ Seri Dr. Mahathir B. Mohammad telah merasmikan sebuah bangunan baru dua tingkat yang menelan belanja RM 150,000 pada 9 Februari 1975. Maka, pusat sumber telah diwujudkan menjadi sebuah bangunan yang terasing daripada bangunan yang lain. Hingga sekarang Pusat Sumber Sekolah telah mempunyai pelbagaikemudahan dan infrastruktur yang mencukupi.Dengan perubahan dalam sistem pendidikan, Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato’ Seri Dr. Mahathir B. Mohammad telah merasmikan sebuah bangunan baru dua tingkat yang menelan belanja RM 150,000 pada 9 Februari 1975. Maka, pusat sumber telah diwujudkan menjadi sebuah bangunan yang terasing daripada bangunan yang lain. Hingga sekarang Pusat Sumber Sekolah telah mempunyai pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi.